Wednesday, November 10, 2010

10 KELEBIHAN COCA COLA ?

dicopy dari facebook 

"Setiap hari selasa ngan rabu aku mesti minum air coke nie lepas training rugbi. Memang sedap air nie. Sedap giler! korunk pun mesti ade yg suke air nie. Sama ada korunk tau atau x, sebenarnya air coke nie ade 10 'kebaikan' yg x disangka-sangka. Aku dpt bende nie dari emel yg member aku bagi. Ape lagi!!

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.


9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah

Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi

Disampaikan oleh seorang sahabat.....Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat. mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dianak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di  dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men &  women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama  keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima  forwarded email pasal bertapa  
cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci
toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. so kalau minum banyak & atthat time baru lekat  zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies,

Masih tidak pasti kesahihan artikel ini, namun jika ia benar bayangkan apabila ia masuk kedalam perut kita, bertambah sihatkah kita.. jika tidak benar pun lebih baik menjauhi, bukan kerana kesihatan sahaja malah untuk agama kita..

yahoo! answers juga ada menulis tentang hal ini : 







Tuesday, November 9, 2010

AMBIL PERHATIAN...



Tolong 4wardkan note ini kepada semua umat islam! sekarang org2 kristian sdg aktif di seremban,selangor dn kian ke negeri lain. 1900 org paderi melayu yg baru tiba dari singapore berada disini.hati2 dgn air mineral=

1.AL-BARAMKAH

2.AL-MANSORI

3.AL-BISTARIA

4.AL-MUBARAKAH

5.AL-BARAKAH

6.AL-BESTARI


Air tersebut tlh dicapur dgn holy water..tlg sebarkan kpd umat2 islam dan sahabat2 anda.air ini boleh mengakibatkan lidah keras dan kelu utk menyebut kalimah ALLAH..4wardkan demi utk org islam!!DEMI ISLAM!!!! 

Share

Saturday, November 6, 2010

Bersabarlah Dengan Ujian Penyakit Daripada Allah..

Bersabarlah Dengan Ujian Penyakit Daripada Allah..

by Mahirah Waily on Saturday, November 6, 2010 at 3:35pm



Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia yang hidup di dunia ini tidak akan terlepas daripada menghidapi penyakit. Ada masanya penyakit datang sekali sekala seperti demam panas, pening kepala dan sakit gigi . Dan ada penyakit datang berterusan menyebabkan penghidapnya hidup menderita hingga membawa kepada kematian. Penyakit yang datang berpunca daripada kuman, virus atau bakteria yang menyerang organ manusia hingga menyebabkan kerosakkan organ-organ tersebut seperti buah pinggang, hati, jantung, paru-paru, usus dan lain-lain. Penyakit seperti kanser, sakit kencing manis, sakit jantung, paru-paru berair dan penyakit-penyakit lain adalah penyakit yang sering menyerang manusia samaada orang dewasa , remaja atau kanak-kanak.

Sebagai seorang Mukmin kita kena redha bahawa penyakit itu datangnya daripada Allah s.w.t. dan Dia juga yang akan memulihkannya. Setiap penyakit itu pasti ada ubatnya yang di sediakan oleh Allah s.w.t. Dia mendatangkan penyakit kepada hamba-Nya adalah semata-mata Dia ingin menguji kesabaran dan keimanan hamba-Nya adakah dengan penyakit itu seorang hamba akan rasa kecewa dan putus asa ? Atau dengan penyakit yang dihadapinya dia akan redha dengan Qadha' dan Qadar Allah s.w.t.?

Walau apa saja yang kita alami di dunia ini, ia adalah sunnatullah yang telah ditetapkan menurut hikmah-Nya sebagai cubaan dan ujian. Dalam al-Qur'an banyak disebut mengenai ujian Allah ini. Dengan kata lain, manusia sentiasa diuji oleh Allah dengan pelbagai bentuk sama ada manusia suka atau tidak Allah tetap mengujinya.

Al-Qur'an dalam surah Al-Anbiya ayat 35 Allah berfirman yang bermaksud: “Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.”

Dalam surah Al-A’raf ayat 168 pula Allah berfirman yang bermaksud: “Dan, Kami cuba mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).”

Sahabat yang dimuliakan,
Sebenarnya ada hikmah bagi orang Mukmin bila ditimpa sakit kerana dalam sakit itu terkandung pahala dan keampunan serta sekali gus mengingatkan kepada kita akan kekuasaan dan kebesaran Allah. Dan darjat yang tinggi Allah berikan kepada mereka yang tabah dan sabar dalam menghadapi musibah sakit ini, dengan syarat pesakit tidak melupakan kewajipan solat lima waktu. Betapa pun sakit itu tidak membolehkan kita untuk berdiri atau bersuci, namun kita tidak boleh meninggalkannya hanya atas sebab itu.

Dari Abu Hurairah r.a. dia berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Allah tidak menurunkan penyakit melainkan pasti menurunkan ubatnya.”
(Hadis riwayat Al Bukhari)

Selain ubat, do'a juga penting untuk cepat menyembuhkan penyakit. Berdo'a bererti memohon kepada Allah yang Maha Mengetahui penyakit yang kita deritai dan Dia yang Maha Berkuasa dapat menyembuhkannya. Bersungguh-sungguhlah berdoa kepada Allah s.w.t..

Firman Allah dalam al-Quran surah Al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud: “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku ini dekat. Aku mengabulkan permintaan orang yang berdoa, jika ia benar-benar memohon pada-Ku.”

Daripada Abu Hurairah r.a. dan Abu Sa’id r.a,  Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :“Tidaklah seorang Muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah gulanaan hingga duri yang menusuknya melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya (dosa-dosanya)."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :“Tidaklah seorang Muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu derajat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”
(Hadis Riwayat Muslim)

Nabi s.a.w melarang kita mencaci maki akan marah kerana ditimpa penyakit demam seperti sabda baginda yang bermaksud  : “Janganlah kamu mencaci maki penyakit demam, kerana sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”
(Hadis Riwayat Muslim)

Allah s.w.t mengasihi hamba-Nya supaya Dia dapat mengembalikan hamba-Nya  untuk mengingati-Nya. Allah s.w.t.  berfirman yang bermaksud :“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul-rasul kepada umat-umat sebelummu, kemudian Kami timpa mereka dengan kesengsaraan dan kemelaratan, supaya mereka bermohon (kepada Allah) dengan tunduk dan merendahkan diri.”
(Surah .Al-An’am ayat 42)

Allah s.w.t. menimpakan cubaan berupa penyakit dan penderitaan kepada orang Mukmin  agar dia mengingat saudara-saudaranya yang ditimpa kesulitan, sehingga rasa simpati untuk membantunya.

Sahabat yang dikasihi,
Allah s.w.t. menjadikan penyakit yang di hadapi adalah  sebagai ubat pembersih untuk mengeluarkan semua kotoran dan penyakit hati yang ada pada hamba-Nya, yang kalau seandainya kotoran dan penyakit tersebut tidak dibersihkan maka dia akan celaka (kerena dosa-dosanya), atau paling kurang berkurang pahala dan derajatnya di sisi Allah s.w.t.. Oleh kerena itu hendaklah kita bersabar supaya meraih pahala yang sempurna dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah s.w.t. 

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya : “Alangkah mengagumkan keadaan seorang mukmin, karena semua keadaannya (membawa) kebaikan (untuk dirinya), dan ini hanya ada pada seorang mukmin; jika dia mendapatkan kesenangan dia akan bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya, dan jika dia ditimpa kesusahan dia akan bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” 
(Hadis  Riwayat Muslim)

Imam Ibnu Qayyim berkata : “Hati dan roh boleh mengambil manfaat dari penderitaan dan penyakit yang merupakan urusan yang tidak boleh dirasakan kecuali jika di dalamnya ada kehidupan. Kebersihan hati dan roh bergantung kepada penderitaan badan dan kesulitannya.” (Tuhfatul Mariidh hal 25)

Allah s.w.t. menjadikan ujian penyakit di dunia sebagai sebab untuk menyempurnakan keimanan seorang hamba terhadap kenikmatan sempurna yang Allah s.w.t. sediakan bagi hamba-Nya yang bertaqwa di Syurga kelak. Inilah keistimewaan Syurga yang menjadikannya sangat jauh berbeda dengan keadaan dunia, kerena Allah menjadikan Syurga-Nya sebagai negeri yang penuh kenikmatan yang kekal abadi, serta tidak ada kesusahan dan penderitaan padanya selamanya. Sehingga kalau seandainya seorang hamba terus-menerus merasakan kesenangan di dunia, maka tidak ada artinya keistimewaan Syurga tersebut, dan dikhawatirkan hamba tersebut hatinya akan terikat kepada dunia, sehingga lupa untuk mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
 “Jadilah kamu di dunia seperti orang asing atau orang yang sedang melakukan perjalanan.” 
 (Hadis Riwayat  Al Bukhari)

Cubaan dan ujian merupakan nikmat. Kerana hikmah dari berbagai cubaan, orang – orang soleh justru gembira sekiranya mendapat cubaan seperti telah mendapat kesenangan. Rasulullah s.a.w  menyebutkan bahwa para Nabi telah ditimpa cubaan berupa penyakit, kemiskinan dan yang lainnya kemudian beliau bersabda:  “…Dan sesungguhnya salah seorang diantara mereka benar-benar merasa gembira kerana mendapat cubaan, sebagaimana salah seorang merasa gembira kerana telah mendapatkan kelapangan.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Akhirkata perlulah sama-sama kita berbaik sangka kepada Allah dan redha di atas Qadha' dan Qadar-Nya sekiranya Allah s.w.t. menguji kita dengan penyakit yang serius, teruskan mencari ubat atau penawarnya, jangan merasa dukacita dan susah hati, jadikanlah sabar dan solat itu penolong kita.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, (yaitu) orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya”. (Surah Al-Baqarah ayat 45-46)