Saturday, June 18, 2011

ni kerja kursus KHB

KERJA KURSUS:
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU- KEMAHIRAN TEKNIKAL/
PERDAGANGAN & KEUSAHAWAN.

NAMA: MOHD.NAWWAF ZUHDI B ZULKIFLI

NO I/C: 960530-12-6777

TINGKATAN:3 AINUL MARDHIAH

NAMA GURU : CIKGU ROSLAN A.

SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH AGAMA ISLAMIAH
TAMBUNAN



T.TGN GURU T.TANGAN MURID
____________ ______________
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKASURAT
PENGHARGAAN 3
PENYATAAN MASALAH 4
SENARAI PRODUK 5
KEKUATAN & KELEMAHAN PRODUK 6
IDEA PENYELESAIAN 7
LAKARAN PROJEK 8
SENARAI BAHAN 9
JADUAL KERJA 10
PENGIRAAN KOS 11



PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi besar kita Muhammad s.a.w dan kepada ahli keluarganya, seterusnya kepada para sahabat baginda dan para tabi'n, para alim ulama sehinggalah kepada sekelian hamba-hamba Allah yang mengikuti jejak langkah mereka.
Disini,saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ust. Zainuddin Mahmud,Pengetua Sekolah Menengah Agama Islam Tambunan kerana telah memberi kebenaran dan sokongan untuk menjalankan kerja ini.
Sekalung Penghargaan untuk guru subjek Kemahiran Hidup Bersepadu saya , Cikgu Roslan A. kerana telah memberikan tunjuk ajar dan panduan bagi menyiapkan kerja kursus ini.Segala tunjuk ajarnya dan nasihat memberikan saya manafaat bagi menyiapkan kerja kursus Kemahira Hidup Bersepadu ini.
Seterusnya, saya mengucapkan terima kasih kepada ibubapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini.Selain itu,saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibubapa saya yang telah memberikan bantuan dari segi kewangan dan tenaga.
Ucapan terima kasih kepada Hussein B.Kassin telah membantu saya bagi mendapatkan maklumat untuk menjalankan kajian. Akhirsekali , terima kasih kepada pihak-pihak yangtelah membantu secara langsung atau tidak langsung bagi menyiapkan kerja kursus saya ini.

ASPEK 1
-PENGENALPASTIAN MASALAH
Masalah yang saya hadapi ialah saya mempunyai banyak peralatan untuk menulis seperti pensel,pen,pen penanda, warna ,set geometri dan sebagainya. Alat tulis saya terlalu bayak sehingga menyebabkan terlampau berselerak selepas digunakan.Tempat menyimpan alat tulis saya ini tidak mencukupi dan saya tidak selesa menggunakannya. Oleh itu, saya terpaksa mengemasnya dengan teratur tetapi ianya akan membuang masa saya kerana hal yang sama akan berlaku lagi pada masa akan datang.





SENARAI PRODUK
-Produk (A)

-Produk(B)

-Produk(C)



















KELEMAHAN & KEKUATAN PRODUK
-KELEMAHAN PRODUK
1-Kecil,tidak mencukupi untuk menampung semua alat ulis
yang ada.
2-Tidak tahan lama,ianya hanya akan membazirkan wang
dan merugikan pengguna
3-Kurang Menarik.

-KEKUATAN PRODUK
1-Murah, tidak menyusahkan pengguna.
2-Stabil dari segi kedudukan projek.
3-Kurang Menyusahkan Penguna.













IDEA PENYELESAIAN MASALAH
Bagi menyelesaikan masalah yang saya hadapi. Saya telah membina sebuah rak peralatan tulis yang mana saya rasa sesuai dengan kemahuan saya. Rak ini akan memudahkan saya untuk menggunakan peralatan tulis saya dengan lebih selesa dan teratur serta lebih sistematik.














LAKARAN PROJEK



Lakaran (A) Lakaran (B) Lakaran(C)






















ASPEK 2
-LAKARAN TERBAIK


























SENARAI BAHAN
-Mounting Board(MDF)
-Paku
-Gam
-Hot Glue Gun
-Hot Glue




















JADUAL KERJA
BIL HARI/
AKTIVITI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21
1 Penyataan Masalah x
2 Senarai Produk x
3 Kelebihan dan Kelemahan Produk x
4 Idea Penyelesaian Masalah x
5 Lakaran Projek x x x x x x x x
6 Senarai Bahan x x x x x
7 Jadual Kerja x x
8 Pengiraan Kos x x x x



PENGIRAAN KOS
BAHAN UKURAN(CM) KUANTITI(UNIT) KOS SEUNIT(RM) JUMLAH
Mounting Board(MDF) 125mm X 50mm X 9mm 200 2.00 RM400

Paku 1cm 700 1.00 RM700
Gam gajah - SECUKUPNYA 2.50 RM2.50
Hot Glue - SECUKUPNYA 1.00 RM1.00
JUMLAH RM1103.50
KOS UPAH
-BILANGAN PEKERJA X JAM BEKERJA X KADAR UPAH SEJAM
-1 ORANG X 10 JAM X RM 4.00
-RM 40.00

KOS OVERHED
-KOS ELEKTRIK + KOS AIR
-RM 10 + RM7
-RM17

KOS PENGELUARAN
-KOS BAHAN + KOS UPAH + KOS OVERHED
-RM1103.50+RM40+RM17
=RM1160.5
KOS PEGELUARAN SEUNIT = JUMLAH KOS PENGELUARAN
_______________________________
JUMLAH UNIT PENGELUARAN
=RM 1160.5
_____________
100UNIT
=RM11.605





KEMAHIRAN HIDUP PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWAN






Aspek Ke-2:
Pemasaran
Tingkatan 3









SENARAI KANDUNGAN
Kandungan MUKASURAT
I)Menerangkan maksud pemasaran
4
II)Menerangkan fungsi
pemasaran
4
III)Menyenaraikan objektif dan aktiviti pemasaran 5
IV)Mengenal pasti masalah pemasaran.
6
V)Menyatakan maksud sasaran pasaran.
7
Vi)Menerangkan elemen campuran pemasaran.
7-9
Vi)Menyatakan unsur dalam promosi
9-10
Vii)Menyatakan tempat yang sesuai untuk memasarkan sesuatu produk

10-11
Viii)Memilih cara promosi yang sesuai
11-12




I)Menerangkan maksud pemasaran
-Aspek penting dalam perniagaan ialah pemasaran ia memastikan barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan sampai kepada pengguna dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka,pemasaran bermaksud satu proses perancangan dan pelaksanaan pernyataan konsep sesuatu produk, perletakan harga dan lain-lainpemasaran berfungsi untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
II)Menerangkan fungsi pemasaran
a)Pemasaran memainkan peranan dalam
membantu memperkenalkan sesuatu prosuk
kepada pengguna.
b) Ia merangkumi bidang seperti berikut:-
i) Konsep pemasaran
ii) Strategi pemasaran
iii) Teknik pemasaran
iv) Peranan agensi



III)Menyenaraikan objektif dan aktiviti pemasaran
-Objektif
a) Pemasaran mempunyai objektif untuk menyediakan barang dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
b) Ia juga meliputi objektif untuk mencari keuntungan yang maksimum.
-Aktiviti pemasaran
a) Aktiviti pemasaran mempunyai skop yang luas
b) Aktiviti pemasaran merangkumi kegiatan berikut
i. Membeli dan menjual
ii. Pergudangan
iii. Pengangkutan
iv. Promosi





IV)Mengenal pasti masalah pemasaran.
a) Masalah yang sering dihadapi oleh pengeluar
dalam pemasaran ialah pesaing dan keadaan
ekonomi.
a) Pesaing ialah produk pengeluar dalam bidang
yang sama
b) Untuk menarik pelanggan, pengeluar perlu
menonjolkan cirri istemewa produk mereka berbanding dengan yang lain
c) Keadaan ekonomi juaga ditekankan kerana pendapatan pengguna boleh mempengaruhi permintaan sesuatu barang di pasaran









V)Menyatakan maksud sasaran pasaran.
a) Segala usaha yang dilaksanakan untuk
mendapatkan pelanggan bagi barang yang dikeluarkan.
b) Ia perlu dibentuk sebelum sesuatu keluaran siap
diproses untuk dipasarkan.
c) Terdiri daripada sasaran pasaran dan campuran
Pasaran.
d) Sasaran pasaran merujuk kepada bakal pelanggan
bagi sesuatu keluaran.
e) Campuran pemasaran merangkumi empat
komponen penting yang menentukan kejayaan sesuatu perniagaan iaitu produk, harga, tempat dan promosi.

Vi)Menerangkan elemen campuran pemasaran.
Empat elemen penting dalam campuran pemasaran
ilah produk, harga, tempat dan promosi.
Setiap satu elemen memainkan peranan yang sangat
penting dalam menentukan kejayaan sesuatu produk
produk merujuk kepada barangan yang dikeluarkan
oleh pengeluar.
Produk merupakan asas kepada campuran pemasaran
kerana tiga elemen lain tidak dapat berfungsi tanpa
wujudnya produk.
Produk yang dikeluarkan perlu mampu memenuhi
keperluan dan kehendak pengguna
produk mesti mempunyai kualiti, jenama,
pembungkusan, jaminan dan khidmat sampingan.
Harga merupakan nilai wang yang perlu dibayar untuk
mendapatkan sesuatu produk.
Harga yang ditentukan perlu adil dan diterima oleh
pengguna dan dapat membawa keuntungan.
Faktor yang perlu dipertimbangkan apabila
menentukan harga ialah permintaan pengguna, factor
kos dan persaingan.
Tempat memasarkan sesuatu produk dapat membantu
peniaga menjual produknya.
Pengeluar perlu mengenal pasti cirri berikut dalam
menentukan tempat jualan seperti jenis perniagaan,
modal, persaingan, jenis pelanggan, kemudahan dan
undang-undang.
Promosi membantu peniaga mewujudkan, mengekal,
memberitahu, menyedar dan memperluas pasaran
suatu produk.
Promosi yang teratur dan intensif mampu
mendapatkan pasaran bagi produk yang dikeluarkan.
Promosi terdiri daripada pengiklanan, publisiti,
promosi jualan dan jualan langsung.

VII)Menyatakan unsur dalam promosi
Terdapat empat jenis promosi yang utama, iaitu
a) Pengiklanan
i) Pengiklanan sangat berkesan kerana ia mampu mewujudkan kesedaran pengguna dan menarik minat mereka terhadap keluaran baru
ii) Pengiklanan terdiri daripada tiga jenis
- Iklan penerangan
- memberi maklumat dan penerangan kepada orang ramai tidak mempengaruhi pengguna untuk membeli
- Iklan memujuk
– memberi maklumat dan penerangan terperinci dengan tujuan memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk membeli produk berkenaan
- Iklan mengingat – iklan yang memastikan pengguna yang telah mengguna sesuatu produk, terus kekal menggunakan produk tersebut
b) Jualan langsung
c) Promosi jualan
d) Publisiti

VII)Menyatakan tempat yang sesuai untuk memasarkan sesuatu produk
1. Tempat yang sesuai untuk memasarkan produk merupakan faktor penting yang perlu diambil kira
2. Tempat yang dipilih perlulah strategic dari segi:-
a. Kemudahan infrastruktur seperti kemudahan letak kereta, hawa dingin, tangga bergerak dan lain-lain yang penting untuk keselesaan pelanggan
b. Berhampiran dengan pelanggan agar pelanggan tidak perlu membuang masa dalam kesesakan lalu lintas
c. Kemudahan pengangkutan sangat penting untuk memastikan produk dapat sampai kepada pelanggan.
VIII)Memilih cara promosi yang sesuai
1. Pemilihan suatu cara mempromosi untuk tujuan pemasaran bergantung kepada beberapa perkara seperti berikut:-
a) Jenis produk
b) kos mempromosi
c) saiz perniagaan
d) golongan pengguna sasaran
e) Polisi kerajaan
f) tujuan mempromosi
2. Jenis produk yang dipasarkan perlu dipromosi dengan cara yang betul supaya maklumat dapat disampaikan kepada bakal pengguna
3. peniaga perlu memikul kos mempromosi produk berkenaan. Saiz perniagaan yang besar mampu memperuntukkan kos yang tinggi berbanding dengan saiz perniagaan yang kecil
4. Peniaga dan pengeluar perlu memilih cara mempromosi yang sesuai dengan golongan sasaran agar produk yang dipromosi mendapat perhatian daripada pengguna sasaran
5. Promosi yang dijalankan mempunyai banyak tujuan seperti berikut
a) memperkenalkan produk baru
b) Mengingatkan pengguna tentang produk yang telah lama dalam pasaran
c) Memberi maklumat
Pengeluar perlu mematuhi polisi kerajaan dalam setiap keputusan kerana ini merupakan satu tanggungjawab bagi seseorang pengeluar.

Thursday, June 9, 2011

Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Kaum Wanita

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan
 Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."
Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power". Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi.

"Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.
"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu. Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...


sumber; facebook