Tuesday, January 31, 2012

KABUS DI PERBUKITAN

KABUS DI PERBUKITAN
SINOPSIS
Novel kabus di perbukitan berkisar di sekitar kisah hidup watak utama, iaitu Faridah yang mengharungi pelbagai dugaan hidup. Kisah bermula dengan Rahayu, adik kembar Faridah yang tiba- tiba menjerit lalu jatuh pingsan. Rahayu dibawa ke hospital dan disahkan menghidap penyakit kanser paru- paru. Sebelum pengsan, Rahayu mendapat gambaran tentang musibah yang menimpa kakak kembarnya, Faridah. Faridah kemalangan ketika memandu van menuruni bukit Fraser. Dia gagal mengawal kenderaannya kerana terkejut oleh Sapaar Iqbal, kanak- kanak sindrom down. Sebagai akibatnya, van yang di pandunya terbabas lalu jatuh ke dalam gaung.Faridah dan Iqbal hilang. Usaha mencari mereka seterusnya menemukan jalan buntu.
Ayahnya, iaitu mejar (B) Kamarudin berusaha menjejaki Faridah dengan bantuan Buyung. Akhirnya, mereka menemui Faridah dan Iqbal di perkampungan Orang Asli. Pencarian itu berhasil berdasarkan gambaran Rahayu yang sering menyebut Bukit Kutu ketika dia meracau- racau. Faridah ditemui dalam keadaan tidak sedar dan dibawa keluar dengan helikopter untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Ketika berada dalam keadaan bawah sedar, Faridah terperangkap dalam zaman lampau di Bukit Kutu. Dia dan Iqbal ditemui oleh orang- orang penghulu Garang dan dibawa ke rumah Tuan Cecil Renking. Faridah mencuba menyesuaikan diri dengan keadaan di sekitarnya dan berharap dia dapat kembali ke Sungai Besar. Rahayu meninggal dunia sebaik- baik saja Faridah sedar daripada komanya yang panjang.
Faridah mengalami nasib malang yang bertimpa- timpa. Setelah pemergian Rahayu, ibunya pula meninggal dunia sesudah sekian lama menderita masalah kesihatan. Suaminya, Ghazali meninggal tidak lama selepas itu setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Takdir telah membawanya ke New Zealand apabila dia ditawarkan untuk berkursus selama enam bulan. Di sana, Faridah telah menemui jodohnya. Dia berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dikurniai dua orang puteri, iaitu Anne dan Melina yang juga kembar. Faridah memutuskan untuk menetap di New Zealand dan membina keluarga di sana.
Walaupun sudah 25 tahun menetap di New Zealand , kenangan faridah pada kampung halamanya tidak pernah pudar. Anak gadisnya, Melina di kahwinkan dengan seorang hartawan berketerunan Arab yang di kenal sebagai Benny. Setelah berkahwin, Benny membawa Melina ke marang, Terangganu. Anne pula berkenalan dengan seorang pemuda dari malaysia, Zain yang menuntut ilmu di new zealand dan membuat kerja sambilan di pusat penyembelihan yang di miliki oleh Soleh Johnsons.
Faridah akhirnya pulang ke kampung halaman setelah 25 tahun meninigalkanya.Faridah bertemu dengan datuk Azrul, teman rapat Rahayu. Ketika itu Azrul dan isterinya datang ke rumah Faridah untuk membincangkan hubungan antara zain, anak datuk Azrul dengan Anne. Kedua dua anak mereka kemudianya di satukan dalam atu majlis perkahwinan yang meriah. Hubugan kedua dua keluarga semakin rapat apabila datuk Azrul dan soleh berkerjasama membangunkan kawasan yang di jadikan pusat peranginan. Faridah bersyukur dapat pulang dan kembali membina jati diri di tanah air.


TEMA
1. Tema bermaksud sesuatu atau ssubjek yang dasar sesuatu penceritaan.
2. Tema dalam novel kabus di perbukitan ialah kasih sayang yang mendalam terhadap kaum keluarga, adat budaya, agama Islam, serta tanah air.
3. Tema kasih sayang ini dapat dilihat dalam watak utama, Faridah yang sayang akan keluarganya, iaitu ibunya yang membesarkannya, Rahayu yang sudah lama terpisah, anak-anaknya, dan suaminya.
4. Faridah sayang akan tanah airnya, lebih-lebih lagi akan kampung halaman yang ditinggalkan selama 25 tahun.
5. Faridah sayang akan adat dan budaya Melayu serta agama Islam.Walaupun sudah 25 tahun menetap di New Zealand dan berkahwin dengan orang Inggeris, Faridah tetap mengamalkan adat dan budaya Melayu serta ajaran agama Islam dalam kehidupan mereka sekeluarga.









PERSOALAN
1. Usaha memulihara alam sekitar.
(a) Zain dan teman-temannya yang menaja penubuhan Persatuan Pencinta Alam dan Hutan telah mengadakan pelbagai program untuk memberikan pendedahan kepda pelajar-pelajar tentang alam sekitar. Antaranya termasuklah kempen Save Our River -S.O.S.
(b) Soleh Johnson berkeras supaya pohon-pohon tertentu tidak ditebang semasa membangunkan pusat peranginan.
2. Bahaya kanser yang dapat mengancam nyawa.
(a) Rahayu disahkan menghidap kanser paru-paru setelah ujian biopis dilakukan. Setelah beberapa kali menjalani rawatan kemoterapi, Rahayu menerima hakikat bahawa dia tidak akan hidup lama dan berharap agar dapat berjumpa dengan Faridah.
(b) Suhaila, teman satu wad dengan Rahayu meninggal dunia akibat daripada penyakit kanser.
3. Kepuasan dan kemulian dalam kerja-kerja kemasyarakatan secara sukarela.
Walaupun hanya dibayar elaun sebagai sukarelawan di Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Suria, Faridah tetap berpuas hati kerana minatnya dalam tugas berkenaan. Dia menganggap tugasnya mendidik anak-anak istimewa sebagai suatu ibadah.
4. Kesukaran dalam usaha mencari dan menyalamat.
Anggota Bomba dan Penyalamat dari Akademi Bomba, Kuala Kubu, 12 orang anggota RELA, satu platun Senoi Praak, dan anggota dari Jabatan Perhilitan Dearah Raub merupakan antara pasukan penyalamat yang terlibat dalam gerakan mencari Faridah dan Iqbal yang hilang.
5. Kepercayaan terhadap perkara-perkara khurafat.
Sarjan Yusoff mencadangkan supaya usaha mencari Faridah dan Iqbal diteruskan dengan menggunakan bantuan bomoh. Bantuan bomoh telah digunakan untuk mencari pendaki yang sesat ketika mendaki Gunung Tebu.
6. Keruntukan rumah tangga dan hubungan keluarga.
Mejar (B) Kamarudin telah berpisah dengan Salmah. Beliau telah membawa Rahayu bersama-sama untuk tinggal dengan isteri baharunya, manakala Faridah memilih untuk tinggal dengan ibunya, Salmah. Hal ini mennyababkan berlakunya perpisahan antara dua saudara kembar tersebut, iaitu Rahayu dengan Faridah dan perpisahan antara ibu dengan anak.
7. Keperluan terhadap perkara-perkara fardu kifayah.
(a) Faridah meminta pertolongan Anne untuk membeli ayam dan rempah kari di Nomad’s, iaitu kedai pilihan keluarganya untuk mendapatkan makar an halal.
(b) Walaupun sudah menjelajah ke beberapa negara, Benny hanya makan makanan halal


WATAK DAN PERWATAKAN
FARIDAH (IDAH)
1. Faridah ialah watak utama dalam novel ini.
2. Dia berusia dalam 20-an pada permulaan cerita dan berusia dalam lingkungan 50- an pada penhujung cerita.
3.Tempat asalnya Kampung Parit Tiga,Sungai Besar,Selangor.
4.Dia kepada anak Salmah Mejar (B) Kamarudin.
5.Faridah berperawakan menarik dan mempunyai lesung pipit seperti ibunya.
6.Dia tinggal bersama ibunya di kampung parit tiga apabila ibu dan ayahnya berpisah.
7.Faridah kakak kembar Rahayu yang terpaksa berpisah dengan Rahayu apabila Rahayu di bawa pergi oleh ayahnya.
8.Ketika muda dia bekerja sukarelawan di jabatan kebajikan masyarakat selama tiga tahun.
9.Faridah berkhawin dengan Ghazali dan berhijrah ke new zealand setelah ibu dn suaminya meningal dunia
10.Seterusnya, dia berkhawin dengan Soleh Johnson dan menetap di new zealand selama 25 tahun.
11 .Faridah mempunyai sepasan anak kembar, iaitu Melina dan Anne.
12. Dia penyayang. Buktinya, Faridah sangat syang kepada ibunya.Dia masih tinggal bersama ibunyalah walaupun sudah berkhawin.
13.Faridah tabah menghadapi cabaran. Buktinyaa, walaupun melalui pelbagai cabaran seperti berpisah dengan ayahnya dan Rahayu, serta kematian adik, ibu dan suaminya, namun dia tetap tabah.
14.Faridah sangat kuat berpegang pada adat.

RAHAYU(AYU)
1.Berasal dari kampung parit Tiga.
2.Rahayu adik kembar Faridah.
3.Dia pelajar universiti putra malaysia dalam bidang pembanggunan manusia.
4.Rahayu menghidap penyakit asma dan kanser paru-paru.
5.Dia meningal dunia akibat penyakit barah paru-paru.

AZRUL (DATUK AZRUL)
1.Tempat asalnya kampung parit satu, sungai besar, Selangor.
2.Azrul pelajar universiti putra malaysia dalam bidang pertanian.
3.Dia merupakan aktivitis pejuang alam sekitar.
4.Dia berkawan rapat dengan Rahayu.
5.Azrul usahawan yang berjaya dan bergelar datuk.
6.Isterinya bernama Aisah dan mempunyai seorang Anak lelaki Zain.
WATAK- WATAK LAIN
1.Mejar (B) Kamarudin bapa kepada Rahayu dan Faridah serta bekas suami Salmah.
2.Hamidah ialah isteri kedua Kamarudin.
3.Zain ialah anak datuk Azrul.
4.Ghazali ialah suami pertama Faridah.


LATAR TEMPAT
1.Di perpustakaan universiti pertanian malaysia.Rahayu tiba dan menjerit lalu jatih pengsan di sini.
2.Di bukit fraser. Faridah yang menyertai perkemahan tahunan di sini thalah terlibat dalam stu kemalangan.Van yang di pandunya jatuh ke dlam gaung.
3.Di hospital kebangsaan malaysia.Rahayu yang di rawat di situ.
4.Di bukit kutu, Perkampungan orang asli temuan, di rumah tuan cecil renking.

LATAR MASA
1.Berlaku pada masa lampau.
2.jalan cerita berlangsung dalam jangkaan masa lebih kurang 25 tahun.
3.peristiwa berlaku dalm novel ini, pada pagi, petang, senja dan malam.
4.Rahayu bangun pukul 6 pagi dan berada di perpustakaan pukul 8 pagi.


LATAR MASYARAKAT
1.Masyarakat universiti yang bersemangat tinggi dan berwawasan.
2.Masyarakat melayu yang berhijrah ke negara asing.
3.masyarakat kampung yang mengamalkan hiduo bbermasyarakat.
5.Masyarakat yang extreme dlam memperjuangkan agama dan sanggup bertindak di luar batasan.
6.masyarakat yang mengalami keruntuhan rumah tangga.
7.masyarakat yang tabah melawan penyakit kronik.