Monday, January 6, 2014

selamat tahun baru 2014. marilah kita berpesan- pesan antara satu dengan yang lain.

     alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat allah s.w.t. pada tahun baru ini, marilah kita sama2 membuat azam baru ataupun meneruskan azam yang lalu yang belum lagi terlaksana.

     ingatlah bahawa Allah itu seadil-adilnya hakim. setiap apa yang kita lakukan , kezaliman kita, kesilapaan kita, perbuatan kita, walapun sekecil zarahpun, ia akan tetap dikira. setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, dan setiap apa yang kita lakukan pasti ada balasannya. kita sebagai umat manusia haruslah sentiasa berusaha untuk terus mendekatkan diri kepada yang maha kuasa. dewasa kini, kita alpa dengan tugas kita yang sebenar, iaitu untuk menyembah pada yang Esa.

     kita di dunia selalu sahaja lalai dan leka untuk menjalankan tugas kita yang sebenar sebagai umat manusia kerana hanya mengejar dan mengumpul harta, sanggup menindas orang yang lemah, menipu, pecah amanah, rasuah, hanya kerana untuk mendapat dan mengumpulkan kertas(wang). ingin mengumpul seberapa banyak wang boleh, jika kita banyak harta(wang) segala apapun kita boleh lakukan(mungkin). seperti di dalam lagu yang berjudul "kalau aku kaya", petikan liriknya yang berbunyi :

 Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susahJadi pemilik bukan sewa rumahMakan tak habis minum tak sudahBil api air semua bayar awalTulis cek selamba tak risau batalMasuk dalam bank semua melopongDalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0


     tidak salah untuk mengumpul harta, walaupun sampai penuh 1 bandar, tapi carilah harta di landasan yang betul. dan mengumpul harta ini tidak lain tidak bukan hanya untuk menyedapkan hati dan menyenangkan diri sendiri, kerana kita menganggap, kalau banyak harta, hidup akan menjadi senang. tetapi jika hidup hanya untuk mencari dunia sahaja, tidak ingin mencari akhirat, tidak dipandang di sisi yang maha Esa. hidup jika ingin mencari makan sahaja, justeru kita sama dengan sapi, tiap hari mencari makan untuk mengenyangkan perut sahaja, tetapi sapi ada gunanya, jika disembelih, manusia boleh memakan dagingnya. tetapi jikalau manusia? 

     justeru itu, gunakanlah harta dengan bijak, bukan untuk menyenangkan hati sahaja. dan carilah kekayaan dengan cara yang benar dan telus. janganlah kita suka memakan benda haram termasuklah rasuah, kerana benda-benda sebegitu akan menjadi darah daging kita. walaupun dari luarannya halal, contohnya daging kambing, tetapi jikalau kita membelinya dengan wang haram, ia tidak ada bezanya seperti kita makan bangkai anjing yang mati di tengah jalan. apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita, jika ianya dari sumber yang baik, maka baiklah keseluruhannya, tetapi kalau sebaliknya, anda pun tahu jawapannya. ini jugalah salah satu faktor mengapa sukar untuk menghafal, pelupa, otak lembap, perangai anak kita macam setan iaitu bukan nakal biasa seperti berlari sana-sini, tetapi nakalnya seperti mencuri, menipu, kurang ajar dengan orang tua, dan macam-macam lagi yang berkaitan. 

     oleh itu, bagi peringatan saya sendiri dan orang lain, fikirlah masak-masak sebelum kita mengambil tindakan yang bodoh. bak kata pepatah, "sesal dahulu pendapatan, sesal dahulu tiada gunanya". fikir-fikirkanlah...



" Tidaklah suci seperti malaikat, tetapi janganlah terlalu jahil seperti iblis."
" جيم تان "