Saturday, January 22, 2011

kerja rumah: pertemuan

PERTEMUAN, Faizal Mohd. Ali




SINOPSIS
Mun, seekor kucing kurus , berkurap, dan hidup terbiar. Mun mencuba meminta simpati daripada pengunjung gerai makan. Mun bukan saja tidak dipedulikan, malah dipukul dan dihalau oleh peniaga gerai. mun mencari tempat lain untuk mengisi perutnya. Mun terjumpa sisa-sisa makanan di dalam tong sampah. Namun, Mun telah diusir oleh seekor anjing liar yang garang. Mun melarikan diri ke sebuah rumah besar. Di situ, Mun bertemu dengan seekor kucing parsi yang canik, iaitu Jonny. Mun berpendapat bahawa nasib Jonny sungguh beruntung, mewah, dan terurus tetapi sayangnya hidupnya terkurung. Mun telah dipukul oleh tuan Jonny sehingga badannya luka. Mun melarikan diri dan terjatuh di tengah jalan. Nasib Mun agak baik kerana dibawa ke klinik haiwan oleh sepasang suami isteri yang bersimpati akan keadaan Mun itu.



WATAK DAN PERWATAKAN


Mun

  • Kucing yang hidup liar dan bebas.
  • Badannya berkurap dan berkutu.
  • Sering dipukul oleh manusia.
  • Tabah dan tidak mudah berputus asa untuk meneruskan hidup.
Jonny
  • Kucing peliharaan orang kaya.
  • Nama penuhnya Amadeus Gonzales Johnhem.
  • Berketurunan Parsi.
  • Bulunya panjang dan lebat serta cantik.
  • Bertubuh besar, sihat, dan gemuk.
  • Sangat disayangi oleh tuannya.
  • Hidup mewah tetapi tidak bebas dan terkurung.




LATAR MASYARAKAT

  • Masyarakat kucing yang tabah dan cekal serta berkeinginan untuk hidup bebas.
  • Masyarakat bandar yang kaya.
  • Masyarakat yang bertindak kejam terhadap haiwan.




GAYA BAHASA

  • Personnifikasi - simpati pun semakin malu untuk mempamerkan wajah.
  • Metafora - berbunga harapan.
  • Peribahasa - kucing kurap, sakit hati.
  • Simile - seperti kutu sudah menjadi teman kepada Mun.
  • Bahasa Inggeris - Damn, ear mites, flea colar.
  • Bahasa Arab - amarah, Allah, kudrat.




TEKNIK PLOT

  • Permulaan - Mun mencari makanan di sebuah gerai tetapi dibelasah. Ketika Mun menyelongkar tong sampah, Mun dikejar oleh anjing garang.
  • Perkembangan - Mun bertemu dengan Jonny yang dipelihara oleh manusia. Mun dan Jonny bersepakat untuk bertukar tempat.
  • Klimaks - Ketika berusaha membebaskan Jonny dari kurungan, Mun dipukul oleh tuan Jonny sehingga luka dan terbaring di atas tanah.
  • Peleraian - Sepasang suami isteri membawa Mun ke klinik haiwan untuk rawatan.




MESEJ DAN PENGAJARAN

  • Kita hendaklah bersimpati terhadap manusia atau haiwan yang ditimpa malang.
  • Kita haruslah tolong-menolong sesama manusia atau haiwan yang bernasib malang.
  • Janganlah menganiayai haiwan.
  • Kita haruslah bersyukur akan nikmat hidup yang dikurniakan Tuhan




TEMA DAN PERSOALAN

Tema
  • Kehidupan seekor kucing yang penuh penderitaan dan penghinaan.
Persoalan
  • Sikap manusia yang tidak berperikemanusiaan terhadap binatang.
  • Kegigihan untuk mendapatkan sedikit makanan untuk meneruskan kehidupan.
  • Kehidupan haiwan yang terkongkong sebagai akibat daripada tabiat manusia.
  • Kemewahan bukan bererti kebahagiaan.

Saturday, January 15, 2011

Rumput Dan Kasih Sayang

Rumput Dan Kasih Sayang

by Mahirah Bee Yly on Saturday, January 15, 2011 at 1:46am
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Mahirah Bee Yly