Saturday, January 22, 2011

kerja rumah: pertemuan

PERTEMUAN, Faizal Mohd. Ali




SINOPSIS
Mun, seekor kucing kurus , berkurap, dan hidup terbiar. Mun mencuba meminta simpati daripada pengunjung gerai makan. Mun bukan saja tidak dipedulikan, malah dipukul dan dihalau oleh peniaga gerai. mun mencari tempat lain untuk mengisi perutnya. Mun terjumpa sisa-sisa makanan di dalam tong sampah. Namun, Mun telah diusir oleh seekor anjing liar yang garang. Mun melarikan diri ke sebuah rumah besar. Di situ, Mun bertemu dengan seekor kucing parsi yang canik, iaitu Jonny. Mun berpendapat bahawa nasib Jonny sungguh beruntung, mewah, dan terurus tetapi sayangnya hidupnya terkurung. Mun telah dipukul oleh tuan Jonny sehingga badannya luka. Mun melarikan diri dan terjatuh di tengah jalan. Nasib Mun agak baik kerana dibawa ke klinik haiwan oleh sepasang suami isteri yang bersimpati akan keadaan Mun itu.



WATAK DAN PERWATAKAN


Mun

  • Kucing yang hidup liar dan bebas.
  • Badannya berkurap dan berkutu.
  • Sering dipukul oleh manusia.
  • Tabah dan tidak mudah berputus asa untuk meneruskan hidup.
Jonny
  • Kucing peliharaan orang kaya.
  • Nama penuhnya Amadeus Gonzales Johnhem.
  • Berketurunan Parsi.
  • Bulunya panjang dan lebat serta cantik.
  • Bertubuh besar, sihat, dan gemuk.
  • Sangat disayangi oleh tuannya.
  • Hidup mewah tetapi tidak bebas dan terkurung.




LATAR MASYARAKAT

  • Masyarakat kucing yang tabah dan cekal serta berkeinginan untuk hidup bebas.
  • Masyarakat bandar yang kaya.
  • Masyarakat yang bertindak kejam terhadap haiwan.




GAYA BAHASA

  • Personnifikasi - simpati pun semakin malu untuk mempamerkan wajah.
  • Metafora - berbunga harapan.
  • Peribahasa - kucing kurap, sakit hati.
  • Simile - seperti kutu sudah menjadi teman kepada Mun.
  • Bahasa Inggeris - Damn, ear mites, flea colar.
  • Bahasa Arab - amarah, Allah, kudrat.




TEKNIK PLOT

  • Permulaan - Mun mencari makanan di sebuah gerai tetapi dibelasah. Ketika Mun menyelongkar tong sampah, Mun dikejar oleh anjing garang.
  • Perkembangan - Mun bertemu dengan Jonny yang dipelihara oleh manusia. Mun dan Jonny bersepakat untuk bertukar tempat.
  • Klimaks - Ketika berusaha membebaskan Jonny dari kurungan, Mun dipukul oleh tuan Jonny sehingga luka dan terbaring di atas tanah.
  • Peleraian - Sepasang suami isteri membawa Mun ke klinik haiwan untuk rawatan.




MESEJ DAN PENGAJARAN

  • Kita hendaklah bersimpati terhadap manusia atau haiwan yang ditimpa malang.
  • Kita haruslah tolong-menolong sesama manusia atau haiwan yang bernasib malang.
  • Janganlah menganiayai haiwan.
  • Kita haruslah bersyukur akan nikmat hidup yang dikurniakan Tuhan




TEMA DAN PERSOALAN

Tema
  • Kehidupan seekor kucing yang penuh penderitaan dan penghinaan.
Persoalan
  • Sikap manusia yang tidak berperikemanusiaan terhadap binatang.
  • Kegigihan untuk mendapatkan sedikit makanan untuk meneruskan kehidupan.
  • Kehidupan haiwan yang terkongkong sebagai akibat daripada tabiat manusia.
  • Kemewahan bukan bererti kebahagiaan.

No comments:

Post a Comment