Tuesday, March 20, 2012

PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYYAH.(ting. 5)


PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYYAH.



Faktor Perkembangan Sains Dan Teknologi Pada Zaman Abbasiyyah.
a; Galakan Khalifah/ Program Untuk Memajukan Bidang Sains
1.      Mengadakan seminar perubatan yang dihadiri oleh pakar perubatan seluruh dunia dimusim musim haji
2.      Menyediakan peruntukan yang banyak dalam penyelidikan. Seperti: Ada Khalifah yang sanggup membeli kitab terjemahan dengan emas pada kadar timbangan kitab tersebut.
3.      Membina pusat penyelidikan sains; seperti Khalifah Al Ma’amun membina Balai Cerap dan mengarah buat penyelidikan dalam bidang astronomi, Al Mu’tasim membina makmal pembedahan.

Aktiviti Penterjemahan
1.  Pelbagai jenis karya dalam bidang falsafah, astronomi, kimia, fizik, biologi dan perubatan diterjemahkan dalam bahasa Yunani, Parsi dan Hindi.
2. Zaman Khalifah Al Ma’amun dilakukan dengan lebih terancang. Baitul Hikmah pusat penterjemahan negara. Yuhana Bin Masawih dan Hunain Bin Ishak bertugas disana.

Globalisasi ilmu
1.      Aktiviti perdagangan meluas di Andalus dan Sicily.
2.      Sicily, Itali banyak menyimpan khazanah ilmu astronomi dan perubatan.
3.      Andalus: menjadi tumpuan masyarakat Eropah, terdapat 700 buah masjid, sebuah universiti, 70 buah perpustakaan dan menyimpan 500,000 manuskrip.

Kesan Penemuan Sains Dan Teknologi Pada Zaman Abbasiyyah.
-          Mengubah cara hidup dan status umat Islam.
-          Meletakkan status Islam amat tinggi sehingga ramai orang bukan Islam tertarik untuk memeluk Islam.
-          Peluang untuk mereka hidup maju daripada umat sebelumnya.

Kepentingan Menguasai Ilmu Sains Dan Teknologi.
-          Tidak ketinggalan dalam arus permodenan.
-          Mampu bersaing.
-          Tidak mudah ditindas.

Monday, March 19, 2012

huraian pencemaran alam sekitar


                                        Huraian pencemaran alam sekitar.

Pencemaran alam sekitar murujuk kepada perubahan yang tidak diingini dalam alam sekitar. Selain itu, pencemaran alam sekitar berlaku disebabkan oleh bahan pencemaran seperti bahan fosil, bahan buangan kilang, baja kimia dalam bidang pertanian, kenderaan dan jentera, sampah, kumbahan dan peti sejuk serta penyaman udara dan tin aerosol. Kesan buruk terhadap pembuangan  bahan api fosil berlakunya pencemaran alam sekitar terhadap manusia seeperti kesan rumah hijau, menghalang sel darah merah daripada mengankut oksigen, bronchitis, sesak nafas dan asma menyebabkan hujan asid, kecacatan otak dan asap jerebu.

                                 Penipisan lapisan ozon
Lapisan ozon yang dijumpai di athmosfera kita. Athmosfera dibahagi 5 bahagian lapisan; troposfera, stratosfera, mesosfera, thermofera dan exosfera. Lapisan ozon terletak dilapisan stratosfera. Lapisan ozon dibentuk daripada molekul ozon (O³) dan fungssinya adalah untuk menyerap sinaran ultraungu (UV) yang berbahay yang dipancarkan oleh matahari. Penipisan lapisan ozon disebabkan oleh klorofluorokarbon (CFC), juga dikenali sebagai Freon. CFC digunakan dalam: peti sejuk dan penyaman udara sebagai bahan pendingin, bahan pendorong dalam tin aerosol, pelarut dalam pembersihan komponen elektronik, pembuatan plastic dan bahan polistirena. Sinaran ultraungu menyebabkan atom klorin dalam CFC molekul ozon melalui tindak balas rantai. Ini menyebabkan penipisan lapisan ozon dan lubang pada lapisan ozon di kawasan kutub bumi, maka lebih banyak sinaran ultraungu sampai ke bumi. Selain daripada CFC, oksida nitrogen merupakan sumber lain yang menyebabkan penipisan lapisan ozon. Kesan sinaran UV yang berlebihan ialah, kemerosotan sistem keimunan badan, menyebabkan kanser kulit dan katarak, memusnakan sel daun dan klorofil, lalu mengurangkan kadar fotosintesis, membunuh plankton, menyebabkan kematian organisma akuatii yang bergantung kepada plankton sebagai punca makanan dan akhir sekali menyebabkan mutasi dalam organisma.

     Proses kesan rumah hijau
Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.

        Kesan rumah hijau global
Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah hijau. Ini akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat, dan kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih teruk lagi. Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut.
        Punca kesan rumah hijau
Kesan rumah hijau berpunca sama ada secara semulajadi atau buatan manusia. Secara semulajadi, kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat petir juga memberi kesan juga. Secara buatan manusia, kesan rumah hijau kebanyakan berpunca daripada pembebasan bahan pencemaran udara, seperti asap daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan penghawa dingin yang membebaskan CFC juga menyumbang kepada kesan pemanasan global ini.



Friday, March 16, 2012

ISKANDAR ZULKARNAIN : PEMILIK DUA TANDUK ( DUA KERAJAAN BESAR)




Dia dilahirkan diMacedonia. Kepadanya dikurniakan Allah otak yang pintar, fikiran yang panjang dan berbagai-bagai ilmu pengetahuan: Ilmu perang, ilmu politik dan ilmu teknik dan kimia.
Dari semenjak dia masih kecil, hatinya sudah tidak enak melihat perang yang selalu timbul antara Timur (Kerajaan Persia) dengan Barat (Kerajaan Rum). Perang yang tidak henti-hentinya dan tahun ke tahun, malah dari abad ke abad, yang telah menewaskan ribuan manusia dan merosakkan bumi, menghancurkan banyak harta benda.
Untuk menghindarkan perang antara Timur dengan Barat yang sudah bertradisi ini, dia ingin mendirikan sebuah kerajaan besar yang meliputi Timur dan Barat.
Padanya terdapat segala syarat untuk menyampaikan. maksud dan tujuan hidupnya yang maha besar itu. Selain dia seorang yang baik, berakhlak yang tinggi, berilmu pengetahuan tentang ketenteraan, tentang pemerintahan dan teknik, akan dapat membawa dia sampai dipantai cita-citanya.
Mula-mula sekali dengan tenteranya yang lengkap kuat, dia menuju ke Barat (Maghribi atau Moroko), tempat terbenamnya matahari. Disitu dilihatnya matahari itu terbenam dimatair yang bertambah hitam, iaitu Lautan Atlantik sekarang ini.
Disitu didapatinya satu bangsa yang terlalu engkar dan kafir, hebat sekali kerosakan dan kejahatan yang ditimbulkan bangsa itu. Bukan saja merosakkan permukaan bumi dan mengacaukannya, tetapi juga sudah menjadi tabiat mereka suka membunuh orang-orang yang tidak bersalah sekalipun.
Sebelum melakukan tindakan, terlebih dahulu Iskandar Zulkarnain menadahkan tangannya ke langit, memohon petunjuk kepada Allah, tindakan apa sebaiknya yang harus dilakukan terhadap bangsa yang begitu kejam. Apakah bangsa itu akan digempurnya habis-habisan atau akan dibiarkan begitu saja?
Tuhan menyuruh Iskandar Zulkarnain membuat pilihan salah satu diantara dua tindakan: Digempur habis-habisan sebagai balasan atas kekejaman mereka selama ini atau diajar dan dididik dengan propaganda, agar mereka kembali kepada kebenaran dan meninggalkan segala kejahatan.
Akhirnya Iskandar Zulkarnain memutuskan akan menggempur mereka yang derhaka dan jahat sehebat-hebatnya dan membiarkan serta melindungi orang-orang yang baik diantara mereka. Pada bangsa itu, Iskandar Zulkarnain lalu mengucapkan kata-katanya yang ningkas: Siapa yang aniaya, akan kami seksa dan dikembalikan kepada Tuhan agar Tuhan memberi seksa yang lebih hebat lagi. Adapun orang-orang yang saleh dan baik, akan kami lindungi serta diberi ganjaran-ganjaran dan kepadanya kami hanya akan perintahkan kewajipan-kewajipan yang ringan saja.
Tenteranya segera bergerak, menewaskan setiap orang yang kejam, melindungi setiap orang yang baik. Akhirnya negeri itu dapat diamankan dan ditenteramkan, serta diatur sebaik-baiknya, penuh dengan kehidupan bahagia dan makmur.
Kerana kewajipannya terhadap bangsa dan negeri itu sudah selesai, Iskandar Zulkarnain dengan tenteranya lantas menuju ke arah Timur (India). Dilihatnya matahari terbit atas bangsa yang masih hidup telanjang (Bangsa Hindustan).
Bangsa dan negeri itupun dapat ditaklukkannya, diamankan dan ditenteramkannya, serta diatur sebaik-baiknya sehingga setiap orang dapat merasakan hidup aman dan tenteram, bahagia dan
senang pula. Bangsa itu dapat dikeluarkannya dari lembah kesesatan dan kejahilan.
Selesailah sudah kewajipannya terhadap negeri dan bangsa itu. Ia lalu menuju ke utara, ke negeri Armenia melalui Persia dan Azerbaijan. Dengan kemenangan demi kemenangan yang dicapainya selama dalam perjalanan itu, akhirnya dia sampai ditempat yang ditujui. Didapatinya di situ satu bangsa yang hidup antara dua buah gunung, iaitu Gunung Armani dan Gunung Azerbaijan. Iskandar Zulkarnain tidak mengerti akan bahasa yang dipakai bangsa ini.
Bangsa ini didapatinya hidup selalu dalam ketakutan dan kekhuatiran, kerana negeri mereka berbatasan dengan bangsa Yajuj dan Majuj yang terkenal kejam dan kuatnya. Bukan sekali-dua kali saja tetapi sering sekali bangsa Yajuj dan Majuj itu datang menyerang mereka, menghancurkan apa saja yang didapatinya dan membunuh siapa saja yang dijumpainya.
Kedatangan Iskandar Zulkarnain ini, mereka sambut dengan segala kehormatan dan kegembiraan, kerana mereka tahu bahawa Iskandar Zulkarnain adalah raja yang terkuat dan raja yang seadil-adilnya dimuka bumi ini.



Kepada Iskandar Zulkarnain dimintanya pertolongan, untuk melindungi diri mereka dari serangan Yajuj dan Majuj. Mereka memohon agar antara negeri mereka dengan negeri Yajuj dan Majuj diadakan dinding raksasa yang tidak dapat ditembusi dan untuk keperluan ini, mereka sanggup membayar upah dan kerugian kepada Iskandar Zulkarnain.
Mendengar permohonan ini, Iskandar Zulkarnain menjawab: Saya tidak mengharapkan upah dari kamu. Nikmat dan pemberian Tuhanku adalah lebih berharga dari upah itu. Hanya kepadamu saya minta kaum pekerja dan alat-alatnya, besi, tembaga, arang batu dan kayu.
Setelah semua itu terkumpul, Iskandar Zulkarnain mulai bekerja dengan pentolongan para pekerja. Mula-mula dinyalakan api dengan kayu dan arang batu, diambilnya besi, lalu dihancurkannya dengan api itu. Kepada hancuran besi itu dituangkannya tembaga, sehingga menjadi satu dengan besi. Dengan bahan campuran inilah didirikannya dinding raksasa antara negeri itu dengan negeri Yajuj dan Majuj, dinding besi raksasa yang tidak dapat ditembus dan dilubangi oleh sesiapa.
Kepada bangsa itu Iskandar Zulkarnain lalu berkata: Dinding ini adalah rahmat dari Tuhan kepadamu, hanya Tuhanlah yang dapat menembus dinding ini, bila dikehendakiNya.
Dengan jalan begitu, maka aman dan tenteramlah negeri itu. Setelah Iskandar Zulkarnain dapat menaklukkan negeri-negeri lainnya ditimur, barat, diutara dan diselatan, maka kerajaannya kini
meliputi: Moroko, Rom, Yunani, Mesir, Persia dan India, sehingga merupakan sebuah kerajaan yang amat luas, yang belum pernah terjadi sebelumnya, dimana penduduknya kini hidup dengan aman
tenteram dan makmur.
Cita-cita Iskandar Zulkarnain telah dapat dicapainya, berkat pertolongan Allah, kerana dia selalu berlindung diri kepadaNya. Tetapi sayang setelah Iskandar Zulkarnain meninggal dunia, kerajaan
yang besar dan bahagia itu menjadi berpecah-belah, kerana perebutan kekuasaan para pengikutnya yang ditinggalkannya.
Iskandar Zulkarnain yang bererti raja Timur dan Barat, telah dapat mempersatukan kerajaan Timur dengan kerajaan Barat, menjadi suatu kerajaan yang adil dan makmur, berkat ilmu dan pengetahuannya, serta berkat dasar ketuhanan yang selalu dipegangnya teguh dalam mendirikan kerajaan besar itu.
Cita-cita Iskandar Zulkarnain yang suci murni dan maha besar itu, untuk sementara telah dilanggar oleh manusia yang berkuasa sesudahnya. Tetapi pada saatnya nanti cita-cita ini akan menjelma
lagi serta menjadi kenyataan, sehingga akan berdiri nanti sebuah negara yang terdiri atas Timur dan Barat, yang adil dan makmur.
Kita sedang menunggu berdirinya negera itu, menunggu-nunggu kedatangan Iskandar Zulkarnain abad keduapuluh.


sumber : http://alhakelantan.tripod.com