Huraian
pencemaran alam sekitar.
Pencemaran alam sekitar
murujuk kepada perubahan yang tidak diingini dalam alam sekitar. Selain itu,
pencemaran alam sekitar berlaku disebabkan oleh bahan pencemaran seperti bahan fosil,
bahan buangan kilang, baja kimia dalam bidang pertanian, kenderaan dan jentera,
sampah, kumbahan dan peti sejuk serta penyaman udara dan tin aerosol. Kesan
buruk terhadap pembuangan bahan api
fosil berlakunya pencemaran alam sekitar terhadap manusia seeperti kesan rumah
hijau, menghalang sel darah merah daripada mengankut oksigen, bronchitis, sesak
nafas dan asma menyebabkan hujan asid, kecacatan otak dan asap jerebu.
Penipisan
lapisan ozon
Lapisan ozon yang
dijumpai di athmosfera kita. Athmosfera dibahagi 5 bahagian lapisan;
troposfera, stratosfera, mesosfera, thermofera dan exosfera. Lapisan ozon
terletak dilapisan stratosfera. Lapisan ozon dibentuk daripada molekul ozon (O³)
dan fungssinya adalah untuk menyerap sinaran ultraungu (UV) yang berbahay yang
dipancarkan oleh matahari. Penipisan lapisan ozon disebabkan oleh
klorofluorokarbon (CFC), juga dikenali sebagai Freon. CFC digunakan dalam: peti
sejuk dan penyaman udara sebagai bahan pendingin, bahan pendorong dalam tin
aerosol, pelarut dalam pembersihan komponen elektronik, pembuatan plastic dan
bahan polistirena. Sinaran ultraungu menyebabkan atom klorin dalam CFC molekul
ozon melalui tindak balas rantai. Ini menyebabkan penipisan lapisan ozon dan
lubang pada lapisan ozon di kawasan kutub bumi, maka lebih banyak sinaran
ultraungu sampai ke bumi. Selain daripada CFC, oksida nitrogen merupakan sumber
lain yang menyebabkan penipisan lapisan ozon. Kesan sinaran UV yang berlebihan
ialah, kemerosotan sistem keimunan badan, menyebabkan kanser kulit dan katarak,
memusnakan sel daun dan klorofil, lalu mengurangkan kadar fotosintesis,
membunuh plankton, menyebabkan kematian organisma akuatii yang bergantung
kepada plankton sebagai punca makanan dan akhir sekali menyebabkan mutasi dalam
organisma.
Proses kesan rumah hijau
Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau
seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat
melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini
yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses
pembebasan haba.
Kesan rumah hijau global
Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari
yang memasuki ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara
normal disebabkan kesan rumah hijau. Ini akan menyebabkan pemanasan global
secara berperingkat, dan kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami
kesan itu dengan lebih teruk lagi. Implikasi daripada pemanasan global akan
menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan
menyebabkan peningkatan aras laut.
Punca kesan rumah hijau
Kesan rumah hijau berpunca sama ada secara semulajadi atau buatan
manusia. Secara semulajadi, kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung
berapi yang membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan
akibat petir juga memberi kesan juga. Secara buatan manusia, kesan rumah hijau
kebanyakan berpunca daripada pembebasan bahan pencemaran udara, seperti asap
daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti
sejuk dan penghawa dingin yang membebaskan CFC juga menyumbang kepada kesan
pemanasan global ini.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteuseless
ReplyDeleteHarrah's Cherokee Casino Resort - MapYRO
ReplyDeleteGet directions, reviews 양주 출장샵 and information for 충청남도 출장샵 Harrah's Cherokee Casino Resort in 원주 출장안마 Cherokee, NC. Hotel 상주 출장마사지 Rooms. 아산 출장샵 Harrah's Cherokee Casino Resort.